Mengapa Penguasa Di Bangkok Sembur Air Gula Ke Udara?

Agaknya mungkin mahu menjadi bandar Bangkok sebagai bandar manis, ini tindakan yang diambil kerajaan Thailand hehe.

Sebenarnya, ini yang berlaku..

Krisis pencemaran udara yang semakin meruncing di negara ini menyebabkan pihak berkuasa tempatan terpaksa mencuba beberapa kaedah tidak konvensional untuk mengatasi masalah itu termasuk menggunakan air gula.

Jerebu itu memaksa pihak berkuasa Bangkok mengeluarkan arahan penutupan hampir 450 buah sekolah selama tiga hari dalam usaha mengurangkan pencemaran udara disebabkan asap kenderaan.
Oddity Central melaporkan, kerajaan tempatan Bangkok baru-baru ini telah menyembur air gula ke ruang udara kota Bangkok.

Media Thailand melaporkan, pihak berkuasa begitu terdesak dalam usaha menurunkan tahap pencemaran udara yang kian kritikal di bandar tersebut sehingga mula bereksperimen menggunakan air manis dan bukan air biasa seperti kelaziman.

Idea aneh disebalik strategi mengurangkan indeks pencemaran udara itu adalah bagi meningkatkan kelikatan air dengan menggunakan gula bagi memerangkap zarah berbahaya yang mencemarkan udara apabila disembur ke udara.

Walau bagaimanapun, sesetengah pakar percaya, pendekatan yang tidak konvensional itu boleh mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.

Seorang pensyarah kimia organik di Universiti Kasetsart, Dr. Weerachai Putthawong berkata, beliau ragu bagaimana air gula akan memberi hasil yang lebih baik berbanding air biasa.

Beliau mendakwa, meningkatkan kelikatan air tidak akan memberi banyak perbezaan kerana peralatan yang digunakan untuk menyembur cecair ke udara tidak cukup kuat untuk menghancurkan habuk dan zarah sekecil 2.5 mikron.

Katanya, mesin yang digunakan untuk menyembur air itu hanya dapat memerangkap zarah sehingga 10 mikron sahaja.

“Penggunaan air manis tersebut lebih teruk kerana campuran tersebut boleh menjadi menarik bakteria dan kulat berkembang,” ujarnya.

Sementara itu, Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang mengumumkan sebanyak 437 buah sekolah ditutup selama tiga hari dalam usaha mengurangkan pencemaran berpunca daripada kenderaan, pembinaan dan pertanian.
…………….
Video Aksi Abam Polis Trafik >>

Leave a Reply

Your email address will not be published.