Memang ada yang mahu jadi scammer, selepas diselamatkan pergi semula

KUALA LUMPUR – Terdapat rakyat di negara ini yang keluar negara untuk bekerja sebagai scammer dan kemudiannya minta diselamatkan selepas tidak mencapai kejayaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan perkara tersebut di Dewan Rakyat hari ini.


Menurut beliau, terdapat juga individu yang telah diselamatkan namun pergi semula keluar negara untuk melakukan jenayah berkenaan.

Terdapat juga invividu yang benar-benar ditipu oleh sindiket yang menawarkan pekerjaan lain namun apabila sampai keluar negara dipaksa menjadi scammer.

Katanya, maklumat tersebut diperoleh daripada 218 individu yang telah diselamatkan oleh kerajaan sehingga ini,

Masih Terdapat 121 orang lagi yang masih terkandas di luar negara, katanya yang menjawab soalan Ahli Parlimen Bayan Baru (PH) Sim Tze Tzin.

“Saya tidak mahu beri pecahan dahulu daripada 218 bila kita profile kita tahu berapa bilangan itu coraknya.

“Kita ada usaha susulan, kita tak mahu uar-urakan dahulu, saya ingin mengelak kenyataan yang menyebabkan kegerunan awam,” katanya ketika ditanya media mengenai jumlah terperinci mereka yang mahu menjadi scammer.

Saifuddin berkata, negara yang menjadikan rakyat Malaysia dalam aktiviti ini ialah Laos, Kemboja, Myanmar, Filipina, Thailand dan Dubai.

Belia berkata, mereka yang ditipu antaranya ditawar oleh iklan pekerjaaan di luar negara untuk bekerja di kasino menjadi jurubahasa.

Tetapi selepas tiba di negara-negara tersebut mereka dipaksa menjadi scammer percintaan dan bitcoin.

Beliau bagaimanapun mengesahkan tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang telah didera atau dicederakan oleh sindiket terbabit.-MalaysiaGazette


(Visited 129 times, 1 visits today)