MAKI POLIS ‘PUK!MAK’, RAKYAT MALAYSIA STRESS SANGAT KE ?

VIRAL! Sekeping gambar menunjukkan surat saman kesalahan trafik 28 April 2019 kepada seorang lelaki berumur 35 tahun di Seremban.

Dalam surat saman berkenaan tertera kesalahan ‘Tidak memakai tali pinggang keledar’ yang ditulis oleh pegawai Polis terlibat, dan maklumat seperti nombor Mykad, dan alamat sudah dikaburkan.

Gambar surat saman itu menjadi viral selepas dimuat naik di satu laman Facebook Kami Sokong PDRM lebih kurang 3 jam yang lepas.

Apa yang menarik perhatian netizen apabila tertera tulisan ‘Pukimak’ pada ruang tandatangan penerima yang ditulis oleh lelaki penerima saman berkenaan dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan saman yang dikeluarkan.



Admin Facebook Kami Sokong PDRM turut menyuarakan rasa kecewa atas tindakan dianggap sebagai biadap kepada anggota Polis yang hanya jalankan tanggungjawab menguatkuasa undang-undang.

“Apa dosa anggota Polis untuk hadap makian macam ni?

Salah ke dia jalankan tugas kuatkuasa undang undang?

Tak bagi saman dituduh rasuah, bila saman dimaki dihina dengan perkataan lucah?

Apakah ramai rakyat sudan hilang rasional sekarang?

Kalian masih ada peluang di mahkamah kalau tak puas hati, tapi kenapa pilih untuk hina Polis sebegini ?

Kalau pun tak suka Polis, tinggalkan lah sedikit rasa hormat dan simpati kita sesama manusia..

Mereka juga ada hati dan perasaan.. Mereka juga ada ahli keluarga yang turut akan terkesan dengan hinaan..

Tabahlah abam Polis.. ?” – Caption Posting Facebook Kami Sokong PDRM



Tindakan memaki Polis itu mendapat kecaman daripada netizen di ruang comment yang rata-rata menyifatkan itu satu tindakan biadap terhadap pasukan keselamatan negara.

“Ingat jangannsekalipun Hina polis ataupun Bomba,merekalah yang bantu mangsa masa apajua kecemasaan,hargailah pengorbanan mereka” – Kata MO Gan

“Bodoh org cmni,,, esok2 ade hal cari polis gak,,, biadap” – Kata Aireil Mohd

Ada juga Netizen yang mahu lelaki berkenaan didakwa kerana menghina penjawat awam.

“Ambil tindakan kpd oks ini atas tuduhan menghina pulak. Bukan balas dendam tetapi proses pembelajaran buat masyarakat kita yg semaki n hilang adab dan tatasusila” – Kata Ismail Abi

POSTING FACEBOOK DI BAWAH >>>



(Visited 282 times, 1 visits today)