“Mak Dah Jumpa Calon..”- Layan Lagu ‘Rock K A P A K’ Dalam Kokpit, Pilot Wanita Cantik Ini Jadi Tumpuan. [VIDEO]



Tular di Twitter gara-gara layan lagu rock kapak dalam kokpit kapal
terbang, juruterbang wanita bernama Khaysa Faizal ini mula menjadi
tumpuan ramai.

Selain memiliki wajah yang cantik, ramai yang memuji
kepintarannya sehingga menjadi seorang pilot. Bukan calang-calang tau!



Video yang berdurasi 0:15 saat itu menunjukkan gadis comel ini memainkan
lagu Taman Rasyidah Utama daripada Wings sambil bekerja.



Siapa sangka gadis cantik yang mempunyai wajah seiras pelakon Lisa Surihani ini layan
lagu rock dulu-dulu kan?



Memiliki ketinggian dan wajah persis model, Khaysha juga mempunyai lebih
200k pengikut di Instagram. Ketika ditemubual Harian Metro, gadis ini
memberitahu berbangga menjadi sebahagian daripada warga kerja Malaysia
Airlines Berhad (MAB).

Mengakui bukan mudah untuk bergelar seorang Kapten, batasan jantina
bukanlah penghalang baginya.

Sumber : Khaysha Faizal via OHbulan & PDRB

PLAY VIDEO DI BAWAH >>>