Mahkamah Tinggi menolak permohonan bantahan pendakwaraya dalam perbicaraan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk mendapatkan arahan Mahkamah berhubung kebocoran rakaman CCTV perbicaraan hari kelima. Hari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Ghazali, yang mempengerusikan perbicaraan Bekas Perdana Menteri berhubung penyelewengan dana RM42 Juta milik SRC International Sdn Bhd.
Berkata berikutan laporan polis telah dibuat, Mahkamah tidak perlu campur tangan kerana ia masih dibawah siasatan pihak polis. Lapor malay mail.
“Samaada perkara ini melibatkan penghinaan kepada Mahkamah atau tidak ia bukan sesuatu perkara yang perlu diputuskan disini”, katanya lagi.
Hakim Mohd Nazlan juga mengingatkan kepada kedua-dua pihak samaada barisan pendakwa raya mahupun peguam bela, bahawa mana-mana video rakaman yang direkodkan ketika prosiding perbicaraan berjalan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana media awam atau disebarkan.
“Sebarang bentuk rakaman tidak dibenarkan, bukan sahaja siaran langsung malah CRT ( transkrip rakaman Mahkamah). CRT ini adalah bagi tujuan transkripsi dan bukan untuk disebarkan”.
“Kami mengharapkan kedua belah pihak, Barisan pendakwa dan peguam bela mematuhi arahan ini.
Orang awam tidak perlu untuk membuat komen yang prejudis dimana mungkin akan menghina Mahkamah ini”, katanya lagi.
Pendakwaraya ad-hoc Datuk V. Sithambaram telah membangkitkan perkara ini dan menegaskan bahawa rekod rakaman CRT hanya boleh didapati dengan prosedur yang ditetapkan bukannya menyebarkan kepada pihak lain atau memuat naik kemana-mana medium.
“Pihak pendakwaraya mahu rujukan berkenaan satu kes video CRT yang dimuatnaik semasa prosiding perbicaraan berlangsung tanpa kebenaran”.
“Semasa menandatangani pengambil alihan rakaman tersebut, kita semua pendakwaraya dan peguambela mengetahui bahawa CRT tersebut tidak boleh disalin semula”.
“Kami berharap arahan Mahkamah untuk menyekat pihak ketiga daripda memuat naik vidoe CRT tanpa kebenaran”, katanya semasa perbicaraan hari Keenam.
Bagaimanapun, Peguam Najib, Tan Sri Shafee Abdullah tidak bersetuju dan berhujah pada awalnya pihak pendakwaraya juga membantah permohonan “gag order” peguam bela pada prosiding kes ini.
“Jika mereka tidak membantah, isu ini telah diselesaikan sejak dari awal lagi” katanya lagi.
Shafee juga berkata sebagai contoh, penyebaran rakaman prosiding Mahkamah adalah amalan biasa di Mahkamah United Kingdom dan salinan video boleh didapati di Arkib Negara.
Sithambaram bagaimanapun bertegas bahawa penyebaran video itu adalah salah dan menyebabkan integriti Mahkamah terkesan.
Jumaat lalu satu video CRT Mahkamah telah dimuatnaik di facebook dan ini menimbulkan perdebatan awam, bagaimanapun polis Kuala Lumpur berkata satu laporan FIR telah dibuat untuk menjalankan siasatan awal kerana masih tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu.