MAAFKAN SAYA DATUK SERI AHMAD MASLAN, MANA TAHU ESOK SAYA MATI TAK SEMPAT….

Seperti semua sedia maklum, Datuk Seri Ahmad Maslan antara pemimpin Barisan Nasional yang paling teruk dihentam, dihina, diperlekeh dan tidak kurang juga difitnah dengan pelbagai tomahan ketika beliau dan partinya menerajui kerajaan sebelum PRU14 lalu..

Kini ketika menjadi pembangkang segalanya berubah, sentimen rakyat dan netizen juga ikut berubah, Ahmad Maslan yang dulunya digelar ‘Timbalan Menteri Bodoh’ sekarang dianggap pemimpin yang hebat dengan hujah-hujah bernas di dalam dewan rakyat..

Menarik perhatian apabila ada netizen yang secara terbuka membuat permohonan maaf kepada beliau melalui ‘inbox Facebook’ kerana kesal mengutuk beliau terutamanya dalam isu GST, ada netizen menyatakan takut kalau esok-esok mati dia tak sempat mohon maaf.



“Dato.. Saya nak minta maaf dulu sebelum PRU14 ada kutuk2 pasal GST dan masakan Dato.. Secara online dan offline.. Mana tahu kot2 esok saya mati tak sempat minta maaf.. Kalau Dato Baca maafkan saya ya..” Kata Harizamrry Mohammad

Permohonan maaf Harizamrry mendapat respon netizen lain dengan turut menyatakan kekesalan sama dan membuat permohonan maaf..

“Saya pun, time tu memang tak boleh tengok muka Dati, hati jadi pedih” Kata Khairil Kay



Ia mendapat perhatian Ahli Parlimen Pontian itu dan beliau menerima permohonan maaf mereka dan menyifatkan ia hanyalah kesilapan politik.

“Terima kasih atas permohonan maaf saudara, saudari dan sahabat FB. Saya maafkan. Kesilapan politik yang mudarat itu telah membawa kepada kekalahan kita. Namun ada hikmahnya. Kerana kini kita telah dapat buat perbandingan, kesimpulannya BN lebih baik dibanding PH. Melayu Islam pula semakin berpadu. Tiada dendam dalam hati saya. Tiada duka yang berpanjangan. Moga kita sama-sama belajar daripada kesilapan” Kata Ahmad Maslan melalui Posting Facebook The Ahmad Maslan

Sentimen di media sosial amat berbeza dan tidak memihak kepada kerajaan Pakatan Harapan selepas tamat tempoh 100 hari Janji untuk mereka tunaikan 10 Manifesto utama.

Kini berdasarkan survey yang dibuat di ruang-ruang comment lama sosial menunjukkan keceman yang dilemparkan kepada Barisan Nasional dulu sudah beralih kepada PH terutamanya isu-isu yang melibatkan kos sara hidup dan periuk nasi raykat.

Terbaru isu saranan minum minyak sawit dengan sudu oleh Perdana Menteri dalam satu program bersama Teresa Kok Menteri Industri Utama mendapat kecaman hebat dan troll oleh raykat Malaysia.

PLAY VIDEO DI BAWAH >>>





– Isu Viral Dot Net –