Luahan APR – Cawangan MPV berkait Video Pemeriksaan Orang Awam yang telah Menjadi Viral

Saya mewakili Anggota Pangkat Rendah (APR) merasa terpanggil untuk memberikan pandangan berkait Isu tersebut kerana boleh dikatakan kebanyakan komen daripada Pegawai & Anggota terus menyalahkan anggota MPV yg bertugas di dalam situasi yg genting pada masa itu…. Disini sy ingin kongsi sedikit pandangan supaya semua pihak dapat berfikir diluar kotak dan jgn terus salahkan anggota MPV itu .

1) Adakah Tuan -Puan pernah melalui situasi genting sebegitu yg memungkinkan akan menerima nasib spt mana Adib anggota Bomba yg telah meninggal dunia?

2. Apa salahnya bagi dia org tengok utk redakan ketegangan dan selepas itu balik buat repot ? Sepatutnya anggota ini diberikan kepujian kerana sikapnya yg berjaya meredakan ketegangan didalam situasi yg tegang bukan dicemuh.

3. Adakah Tuan -Puan yg bijak pandai semua terfikir yg mereka itu kemungkinan adalah kumpulan Kongsi Gelap yg diupah oleh pihak tertentu dan hanya memakai baju berlambang parti politik tertentu dgn tujuan memburuk -burukan pihak lain jika sesuatu perkara berlaku?.



4. Anggota-anggota MPV ini bukanlah anggota yg terlatih khusus spt lain-lain unit dan sebahagian besarnya telah lanjut usia. Pernahkah terfikir dikalangan peg. atasan untuk mengadakan satu kursus khas kepada mereka yg akan ditugaskan dicawangan MPV sedangkan MPV merupakan satu elemen front liner yg penting dlm PDRM. Kenapa pihak JPJKK yg ramai pangkat besar di atas sana tidak terfikir utk adakan kursus khas yg tempatkan anggota anggota MPV sebagai anggota specialist yg tidak boleh ditukar dgn sesuka hati kecuali ada salah laku jenayah yg berat dan perlu digantikan oleh anggota yg terlatih.

5. Anggota MPV itu perlu dilihat sebagai insan biasa dan mereka kerap kali
menjadi mangsa pemeriksaan oleh pegawai- pegawai atasan, pihak Jips, SPRM dan pelbagai pihak lain lagi. Kadangkala dlm keadaan yg tidak terlatih, mereka kerap dipersalahkan dgn pelbagai perkara. Apabila tiba situasi genting ini, sy percaya mereka jadi serba salah walaupun mereka tahu kuasa mereka. Bayangkan jika mereka berkeras dan berlaku perkara tidak diingini spt rusuhan atau melepaskan tembakan, adakah mereka akan dibela? Atau ada pihak atasan akan menyalahkan mereka dgn mengatakan kenapa tidak bagi mereka lihat utk redakan ketegangan? Lepas tu balik buat repot, gunalah otak sikit. Mana satu? Selepas itu anggota ini akan disiasat secara keseluruhan oleh pihak Jips walaupun kesalahannya hanya isu itu. Akan timbul lah kes lain spt. soal harta tidak isytihar, poket book tak catit dsb. Siapa yg akan bela?



Marilah kita sama sama fikir punca utk mengatasi masalah tersebut dan bukan terus menyalahkan anggota itu semata-mata. Dengan IPCMC yg akan dilaksanakan ini, sy percaya tanpa pembelaan pihak atasan, mungkin ramai anggota & pegawai polis yg akan dituduh nanti kerana kita sendiri yg tidak faham tugas orang kita apalagi orang luar yg tidak pernah bertugas dalam pasukan. Kita sendiri yg susahkan orang kita terutama pihak Jips yg lebih kepada menghukum bukan membentuk utk memulihkan pasukan. Kita gah dgn statistik tatatertib yg diambil ke atas peg & anggota dan dihebahkan secara meluas utk tunjuk ketelusan kita tanpa kita sedari itu semua salah satu punca orang ramai hilang kepercayaan terhadap pasukan.

Wassalam.

– Sang Saka Biru –