Lepas tembakan sebelum ‘blah’

Perai: Perompak melepaskan satu das tembakan ke udara selepas menyamun sebuah kedai emas dan melarikan barang kemas bernilai lebih RM600,000 di Jalan Medan Kurau 1, Chai Leng Park, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, dua pekerja sedang berada di dalam kedai sebelum diserbu tiga lelaki lengkap bertutup muka menggunakan bertopi keledar ‘full face’.

Dua daripada suspek menggunakan senjata tukul besi memecahkan cermin kaca pameran kedai sebelum melarikan diri bersama barangan kemas.

Seorang daripada mereka menunggu di luar kedai dengan memegang dua pucuk pistol di kedua-dua tangannya sebelum melepaskan tembakan amaran dan melarikan diri menggunakan dua motosikal.

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku dan polis masih memburu kesemua mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.