Lelaki lapor polis azan masjid berdekatan rumah terlalu kuat

SEORANG lelaki Melayu membuat laporan polis mendakwa laungan azan dari masjid berdekatan rumahnya terlalu kuat dan bising sehingga mengganggu kesihatan dirinya.

Salinan laporan polis yang dibuat lelaki berusia 57 tahun itu, tersebar di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan laporan polis itu, individu bernama Abdul Halim bin Muhamad Said yang tinggal di Taman Koperasi Polis, Batu Caves Selangor mendakwa gangguan bunyi bising dari Masjid Bilal Ibn Robah berhampiran rumahnya terlalu kuat ketika azan, ceramah, bacaan Al-quran dan Qiamullail.


Gangguan itu dakwanya menyebabkan dia mengalami sakit dada selain kesihatan serta ketenteramannya terganggu.

Perkara itu telah diadukan kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Islam (Datuk Dr Mujahid Yusof) lapornya.

Dakwanya lagi, bunyi bising itu telah mengganggu dan menyakiti dirinya bertahun-tahun lamanya

Sumber Blog Milosuam

Leave a Reply

Your email address will not be published.