Lebih 7,000 Anggota Polis Sarawak Sedia Hadapi PRU14

KUCHING , 2 Feb (Bernama) — Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak akan menugaskan lebih 7,000 pegawai dan anggotanya di seluruh negeri bagi memastikan kelancaran proses mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketua Urusetia PRU PDRM Sarawak, ASP Wan Shamsuddin Husin berkata antara unit yang terlibat adalah Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara dan Cawangan Khas serta beberapa unit lain yang berkaitan.

Selain itu, katanya, pihaknya turut meminta bantuan anggota daripada Pusat Latihan Polis (PULAPOL) sebagai sokongan pada hari mengundi.

“Sejumlah, 3,904 anggota akan ditugas bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan tugas-tugas khas di pusat mengundi,” katanya pada sidang media mengenai Latihan Amal Op Undi Percubaan PRU14 di Pusat Media, IPK Sarawak, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak 23 Ibu Pejabat Polis (IPD) di seluruh Sarawak telah mengadakan Latihan Amal Siri 1 secara serentak hari ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan rusuhan…..

Leave a Reply

Your email address will not be published.