Lagi Jalur Gemilang bintang lima bucu



Rupa-rupanya ada lagi bendera negara kita iaitu Jalur Gemilang diubah dan kali ini ketika CK Classic International Taekwondo Championship.

Kejohanan itu dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini kecoh Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) turut menggunakan bendera sedemikian yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

Persatuan itu kemudiannya telah memohon maaf dan menyalahkan kontraktor yang mengendalikan acara tersebut yang melakukan kesilapan memaparkan bendera Malaysia berbintang lima penjuru.

Sumber – Suara Merdeka – https://www.suaramerdeka.com.my/lagi-jalur-gemilang-bintang-lima-bucu/