KPN BERTERIMA KASIH DAN PUJI PENDEDAHAN PEMILIK HOT BURGER

Pendedahan pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid yang tular semalam mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Rujuk; https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/08/719394/video-tular-jenayah-di-sungai-buloh-kpn-jamin-tindakan-tegas

KPN beri jaminan akan ambil tindakan segera

Hamid memberi jaminan tindakan segera akan diambil bagi membanteras kegiatan mesin judi, penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan haram warga asing di kawasan Sungai Buloh.



KPN ucap terima kasih kepada pemilik Hot Burger

Sambil berterima kasih kepada individu yang mendedahkan kegiatan terbabit menerusi satu video yang tular semalam, beliau berkata, tindakan tegas pasti diambil termasuk terhadap mereka yang bersekongkol dalam aktiviti jenayah itu.

“Bagus ada pihak yang berani dan ikhlas mendedahkan situasi sebenar di lapangan dan kita bertindak segera ke atas semua kegiatan yang salah ini.”

Bukit Aman sudah mulakan tindakan

CLICK GAMBAR UNTUK WHATSAPP!

Abdul Hamid menegaskan, Bukit Aman sudah memulakan tindakan sebaik pendedahan dibuat menerusi video oleh pemilik burger berkenaan.

KPN puji, Ketua Polis Sungai Buloh kata Mohd Asri tohmah?

Dalam perkembangan lain, Mohd Asri mendedahkan bahawa dalam sidang media yang dibuat oleh Ketua Polis Sungai Buloh, pihak polis membuat laporan ke atasnya kerana dituduh membuat tohmahan.

Rujuk berita penuh di pautan; https://www.editormalaysia.com/16198/

Ini yang memeranjatkan, Ketua Polis Negara sendiri puji dan ucap terima kasih atas keberanian Mohd Asri, sebaliknya Ketua Polis Sungai Buloh pula kata beliau membuat tohmahan, sedangkan semua orang yang biasa ke Sungai Buloh tahu apa yang Mohd Asri dedahkan semuanya betul.

Beliau juga mempunyai pelbagai bukti termasuk rakaman video, maka apa yang pihak polis tunggu lagi?

Sumber – editormalaysia.com