KONGSI HANTARAN PALSU, AHLI PARLIMEN KUANTAN BAKAL DIDAKWA ESOK

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan dituduh esok berhubung kes penyebaran berita palsu di Facebook.

Menurut jurucakap Bukit Aman hari ini, Fuziah – yang juga wakil rakyat mewakili PKR untuk kawasan parlimen Kuantan – akan didakwa berhubung hantaran yang dibuat melalui akaun Facebook miliknya.

Hantaran itu membabitkan keributan di Bangunan Sultan Iskandar yang menempatkan Kompleks imigresen, kastam dan kuarantin (ICQ) ekoran kepulangan warga Malaysia dari Singapura.



Sebelum ini, polis memberitahu media siasatan dikelaskan bawah Seksyen 500 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu berkenaan fitnah dan mendatangkan khianat awam, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Untuk rekod pegendali (admin) Facebook rasmi bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Fuziah Salleh memohon maaf berikutan berkongsi berita kononnya berlaku situasi luar kawalan di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru.

Dalam hantaran di Facebook Ahli Parlimen Kuantan itu, Pentadbir terbabit berkongsi klip video sekumpulan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berkumpul di CIQ berkenaan, mendakwa mereka cuba pulang beramai-ramai ke Malaysia.

“Sedang berlaku di CIQ JB. Pekerja Malaysia di Singapura cuba balik ke Malaysia secara beramai-ramai. Harap adalah hotel 5 bintang untuk kuarantin mereka,” tulis Pentadbir FB Fuziah Salleh – TRI