Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

KLIA bakal mendapat nama baharu?

KUALA LUMPUR – Tidak sampai seminggu nama program Permata ditukar kepada Genius, kini Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga disebut bakal mendapat nama baharu.

Menurut minit mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang tular di media sosial sejak semalam, majlis mesyuarat telah bersetuju untuk menjenamakan semula KLIA kepada nama Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang atau Sepang International Airport (SIA).

Nama baharu itu dikatakan dibangkitkan seorang anggota Exco Kerajaan Selangor berhubung keperluan menjenamakan semula nama KLIA.



Kononnya, nama baharu itu akan mencerminkan lokaliti lapangan terbang berkenaan yang terletak di daerah Sepang, Selangor.

Keperluan itu, menurut anggota EXCO berkenaan, seiring dengan nama lapangan terbang antarabangsa di luar negara yang menggunakan lokaliti sebagai nama rasmi lapangan terbang berkenaan.

Berikutan itu juga, cadangan berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Pengangkutan Negara. – MalaysiaGazette



(Visited 62 times, 1 visits today)