KISAH POLIS PENCEN…

Abam cukup mengagumi lelaki ini. Biarpun suatu ketika dulu beliau pernah menjadi orang nombor satu dalam PDRM, kemudian dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Perancis dan menjadi pengerusi sebuah konglomerat, namun itu hanya baju ‘luarannya’ sahaja.

Sebaliknya, dia lebih gemar bersama jemaah surau, masuk waktu terus ke sana dan pulang selepas selesai ceramah dan kuliah.

Keluarganya juga begitu. Sangat sederhana kehidupan mereka di sebuah rumah teres dua tingkat di pinggir ibukota.



Anaknya adalah penjual kek buah kukus…kalau berminat boleh www.wasap.my/60123648470. Tak silap harganya cuma RM60 sekotak. Mereka bancuh dan buat sendiri di dapur rumah mereka.

Begitulah kehidupan. Ternyata wang, pangkat dan kemahsyuran bukanlah segala-galanya.

Itulah secebis kisah polis pencen, kisah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (yang kini sedang sibuk mengemas surau di kawasan rumahnya sempena Ramadan yang menjelang tiba).

Ngalahkan tok siak ahaks.

Oleh – Syahril A.Kadir



(Visited 178 times, 1 visits today)