Khalid Abu Bakar dilantik pengerusi Prasarana, Duta Khas

http://media.themalaymailonline.com/uploads/articles/2017/2017-08/170816IGPKhalid01.jpg

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd yang baharu.

Menurut laporan Bernama, pelantikan itu diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Najib turut mengumumkan pelantikan Khalid sebagai Duta Khas bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia.

Semalam, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-11 menggantikan Khalid ekoran persaraan wajib beliau.

Khalid, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, berpengalaman lebih 40 tahun dalam PDRM selepas memulakan khidmatnya dengan pasukan keselamatan itu sebagai inspektor pada 5 Disember 1976.

Leave a Reply

Your email address will not be published.