KETUA POLIS NEGARA BERTEMU ‘ASRI JANGGUT’ MENDAPAT PUJIAN NETIZEN

Ekoran pendendahan lokasi-lokasi kedai judi dan kedai menjual rokok seludup melalui Facebook Live yang dibuat oleh pemilik Hot Burger di laman Facebook nya tempoh hari telah menggemparkan seluruh negara.

Pemilik Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid secara berani dan nekad mendedahkan kepada masyarakat kerja-kerja jahat sindiket perjudian di kawannya di Sungai Buloh.



Individu yang juga dikenali sebagai ‘Asri Janggut’ itu turut menunjukkan lokasi kedai Acheh yang didakwa menjual rokok seludup.

Pendedahan Asri itu mendapat perhatian seluruh negara dan video live menjadi ‘viral’ luar biasa apabila mencapai 5.9 juta tontonan, 85,145 perkongsian dan 105,000 tanda suka.

Susulan daripada kontrovesi itu, dilaporkan hari ini Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengadakan pertemuan dengan ‘Asri Janggut’ di pejabatnya di Bukit Aman.



Gambar pertemuan itu turut menjadi ‘Viral’ di laman Facebook antaranya di Pages Friends Of PDRM dengan caption ‘Terima Kasih Tan Sri KPN.. 💪🏻’



Pertemuan Ketua Polis Negara dengan Asri Janggut turut mendapat pujian netizen di ruang comment.

“Alhamdulilah…. Tahniah Tan Sri IGP 🌹🌹🌹🌹🌹.. Cam gini leee sikap sebenar yg perlu dicontohi oleh semua warga agensi penguatkuasaan – informer dihargai, bukan dimusuhi.” – Kata Jamadi Badri

“Terbaik.. tiba ms pihak polis gempur habis habisan sarang2 maksiat dah.. rakyat pla boleh bntu salurkan apa2 maklumat..” – Kata Khaleed Waleed

CLICK GAMBAR UNTUK WHATSAPP!

“Bagi pingat keberanian dekat Abg Asri kita.. tangkap pengkhianat negara.. ” – Kata Mohd Rosdi

“Terbaik KPN ,jumpa depan2 ,teruskan perjuangan hapuskan petualangg” – Mahamad Zanudin

“Salute Tan Sri KPN..langkah bijak dan berhemah..” – Mohd Zulfadhli Abdul Mutalib

– ISU VIRAL dot NET