Ketua Polis Daerah PJ bantu wanita ditahan curi ubat untuk anak


PETALING JAYA: Kisah seorang suri rumah yang mencuri ubat-ubatan dan makanan untuk anaknya yang sakit mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal untuk turun padang bertemu dengan wanita tersebut, hari ini.

Nik Ezanee berkata, ibu kepada tiga anak itu ditahan oleh seorang pengawal keselamatan sebuah pasar raya di daerah ini, semalam kerana mencuri Kool Fever, sosej dan kek.


“Atas dasar belas ihsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyumbang barangan makanan dan barangan harian kepada wanita itu.

“Saya harap dia dan keluarga terus cekal menghadapi cabaran untuk meneruskan kehidupan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Ujar beliau, kes wanita itu juga telah diklasifikasikan sebagai NFA atau tiada tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE


(Visited 14 times, 1 visits today)