Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Kes guru rotan pelajar dalam siasatan polis [VIDEO]

JOHOR BAHRU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor mengesahkan kejadian seorang pelajar perempuan yang dirotan guru selepas dipercayai mengeluarkan perkataan biadap yang tular sejak semalam berlaku di sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Pengarah JPN Johor, Azman Adnan berkata, kejadian itu masih dalam siasatan polis kerana pelajar dan penjaga telah membuat laporan polis.

“Kejadian dilaporkan benar berlaku di Johor Bahru dan setakat ini polis masih menyiasat kejadian ini.



“Pelajar dan penjaga membuat laporan polis berhubung kejadian ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi dua minit 28 saat menunjukkan seorang wanita meminta penjelasan daripada seorang guru lelaki ekoran anak perempuannya dirotan.

Dalam rakaman itu guru berkenaan dilihat memberi penjelasan mengenai tindakannya merotan pelajar terbabit, namun dipertikaikan ibu berkenaan sambil menunjukkan kesan rotan pada tubuh anaknya.



“(You) kamu ingat, cikgu besar jangan cakap macam ini. You (kamu) rotan macam ini tengok rotan macam ni eh (sambil menunjukkan kesan birat pada lengan pelajar).

“Tengok dia tangan. You (kamu) rotan sampai macam ini. You (kamu) ini cikgu ah, tak boleh macam ini buat tau. You (kamu) memang salah.

“Dia cakap sama you (kamu) saja ma. Cakap ma. Dia ada pukul you (kamu) tak. Dah cakap sama you sorry, kenapa kamu nak… Kalau dia ada pukul you (kamu), kamu pukul dia tak apa. Jangan macam ini,” kata wanita itu dalam video berkenaan.

Difahamkan, guru lelaki berkenaan merotan pelajar perempuan itu disebabkan pelajar itu bersikap kurang ajar menggelarkan cikgu berkenaan sebagai pondan. – K! ONLINE

TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >>>



(Visited 574 times, 1 visits today)