Viral! Dan Kecoh apabila ramai penduduk di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang menyatakan bantahan terhadap pihak berkuasa yang mahu merobohkan rumah mereka.
Keadaan yang tegang menjadi lebih buruk apabila sebahagian penduduk bertindak agresif hingga menyebabkan seorang anggota polis patah kaki.
Sekumpulan anggota polis bersama Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di lokasi pagi tadi bagi menjamin keselamatan dan menghalang penduduk daripada melakukan perkara tidak diingini ketika petugas MAIPP melakukan kerja perobohan antara jam 9 pagi hingga 3 petang.
“Kerajaan negeri akan melihat perkembangan seterusnya untuk meneliti kes ini sebelum mencari jalan penyelesaian terhadap penduduk di situ,” katanya.
Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jalan Mengkuang, Abdul Hamid Khan Hussin, berkata dia tidak mampu berfikir dengan waras selepas melihat nasib menimpa dirinya dan keluarga.
“Bagi saya, MAINPP (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) memang tidak patut buat kami macam ini dan tak boleh fikir nasib kami semua macam mana selepas rumah dirobohkan.
“Saya buntu dan terkilan melihat satu persatu rumah penduduk di sini dirobohkan di depan mata,” katanya.
Berita Penuh BERITA HARIAN