KERANA MARKETING SAMP4H, POLIS JADI MANGSA FITNAH

Satu dua hari ini cukup viral dengan cerita-cerita negatif berkait Polis yang sedang bertugas di lapangan.

Namun, adakah semua cerita itu benar? Atau ia ada motif pihak tertentu yang mahu menjatuhkan imej PDRM ?

Berikut adalah penulisan luahan seseorang yang sudah viral di WhatsApp dan platform media sosial yang lain..


MARKETING SAMPAH.

Habis isu no telefon, timbul isu bra, timbul pulak arnab perap. Rasa² lepas ni abang polis kena beringat. Kalau ada insan prihatin nk hantar makan, sumbangan , tolak sahaja mentah². Apatah lagi nak bergambar dengan kita. Selalu tanam dalam diri “Malang Yang Sentiasa Tidak Berbau”.

“Maaf, kami tidak akan terima. Nanti kami kena viral kerana sedekah dan marketing anda. Kami nak kerja lama”. Kami ada mak ayah di kampung yang perlu dijaga dan kami ada anak bini di rumah yang wajib diberi makan/perlindungan.


Semacam satu trend menggunakan Organisation Assassination sebagai untuk modal marketing sampah anda.

Tahniah kerana berjaya dalam perniagaan hasil dari fitnah dan bermodalkan minta maaf.

Abg Polis semua yang dikasihi.


Kerja lah kita hanya sekadar kerja. Untuk kerja demi sesuap nasi. Jangan lebih, jangan kurang. Jangan tanya kemana passion yang ada, kerana mereka semua telah membunuhnya dengan kejam. Setiap bulan jolok kad bank ada gaji yang dibayar hasil kerja kita.

Kalau benteng yang ada mereka sendiri yang runtuhkan dengan tangan mereka sendiri, bersedialah mereka menuai badai. Kerjalah seperti pembaris yang lurus selepas ini. Ulangkaji dengan lebih mendalam perihal undang² negara kita. Jangan ada lebih kurang..kadang² dalam terlebih kurang dan rasa belas ehsan yang ada dalam hati akan menjerat diri kita kembali. Sentiasa beringat dalam penugasan. Cabaran sentiasa ada pabila bekerja sebagai anggota PDRM.

CLICK GAMBAR UNTUK WHATSAPP!

Notakaki: kalau kalian meragui komitmen kami, kami dah lama meragui keikhlasan kalian. Hati dah mula tawar. Maaf, tohmahan demi serangan bertali arus dalam tempoh 72 jam ni amat perit untuk ditelan.

Sumber – Penulis Yang Mahu Identiti Dirahsiakan


(Visited 376 times, 1 visits today)