KENAIKAN ELAUN PANGKAT SARJAN KE ATAS SAHAJA, INI LUAHAN LANS KOPERAL

Banyak yang tak adil dalam PDRM akhir-akhir ni.

Hanya mampu tersenyum sahajalah buat Koperal dan kebawah sedangkan tugas hakiki dibawah banyak dilakukan oleh Koperal ke bawah seperti Trafik, Pejabat Pertanyaan EO, Tugas GD dan Lain2 lagi.

Pangkat Sjn Dan keAtas hinggalah ke ASP adalah banyak melakukan Tugas Siasatan Bermula dari Penolong Peagawai Penyiasat(Sjn/Sm) IO (Inspektor),SIO (ASP).



Bagi Tugas Koperal dan Kebawah adalah melakukan Tugas Harian Dilapangan yang sentiasa memerlukan Gerak Tenaga Fizikal Dan Mental(Letih).

So Koperal dan Kebawah masih lagi ditakuk yang lama sedangkan Kepimpinan PDRM mahu jadikan Polis Malaysia sebagai Police World Class.

Tetapi Nasib “Penggerak” PDRM masih tidak terbela, Yang diberikan Tumpuan dalam Tajuk ini adalah Nasib “Pembuat Keputusan” iaitu Sjn Dan Keatas sahaja.

Kebanyakkan anggota yang diberikan Penempatan iaitu Beret adalah anggota pangkat rendah. So bila duduk beret, automatik elaun perumahan dan Sara Hidup dipotong sebanyak 75%.

Yang tinggal diluar dapat 100% tanpa potongan dalam payslip.



Peratus gaji pun tidak menurun.

Tetapi bagi anggota yang dipotong elaun, peratus gaji akan berkurangan bila JIPS chek Payslip gaji kurang dari 40% tindakkan diambil.

Macam mana tak kurang, dah dipotongnya pelbagai elaun. Itu tak termasuk potongan kelab polis, PPRPD, Koperasi dan lain2 lagi.

Naya kan bila jadi Pegawai Rendah ni? Moga Ada Sinar DiHujung Kegelapan buat Pegawai Pangkat Rendah Polis DiRaja Malaysia.

– Anggota Bawahan –



(Visited 358 times, 1 visits today)