KENA SAMAN ‘TINTED’ GELAP, TAPI POST GAMBAR LAIN UNTUK FITNAH PDRM ???

Beberapa ‘Printcreen’ menjadi tular sejak pagi.. Apabila seorang pemandu post gambar kertas saman yang diterima dengan caption kononnya itu perbualan dia dengan anggota Polis Trafik terbabit. (Seperti gambar di bawah)

https://scontent-kut2-1.xx.fbcdn.net/v/t34.0-0/p280x280/21442018_1761535070541405_1168730444_n.png?oh=8c59aa1f42a4d48f9ab6967a594a1f48&oe=59B2B2DD

Dalam posting yang dibuat pemandu berkenaan kepilkan juga gambar ‘sun shade’ atau penghadang cahaya mudah alih sekali dengan gambar kertas saman yang tertera kesalahan ‘Menampal sesuatu pada cermin. (Seperti gambar di bawah)

Sebagai orang awam sudah tentunya akan percaya dengan apa yang dikongsi oleh pemandu berkenaan. Maka ramai lah yang akan marah dan pertikai “Lorh.. letak sun shade pun nak saman ke” ??

Tapi gambar seterusnya membuktikan perkara sebenar. Bak kata orang. “Tak payah nak menipu lah, kebenaran akan muncul juga akhirnya”. Jelas gambar itu menunjukkan cermin kereta yang disaman menggunakan ‘tinted’ gelap. Kantoi..!!

Apa pun Tahniah diucapkan kepada Anggota Trafik yang bertindak tegas mengeluarkan saman terhadap pemandu terbabit. Kalau rasa tak puas hati lawan lah di Mahkamah, tak perlu lah malukan PDRM macam tu sekali..  Akhir kata dari Admin.. Jangan ingat Polis Bodoh…

** FAKTA

Kesalahan ‘tampal sesuatu pada cermin’ ada dinyatakan dalam *Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 PU(A) 39/91 – 004(B)* yang menyatakan suatu tirai, bidai atau bahan-bahan lain diletakkan pada cermin kenderaan yang boleh melindungi bahagian dalam kederaan adalah satu kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.