Kecoh! Penyokong Najib bergelut dengan pelajar

Program bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menyaksikan insiden pergelutan antara penyokongnya dan pelajar Universiti Malaya (UM).

Kejadian itu berlaku ketika Najib sedang berucap dalam program santai di Restoran Amjal yang terletak di hadapan UM.

Sekumpulan enam hingga lapan pelajar sebelum itu berkumpul di seberang jalan berhampiran tempat program dan menjeritkan slogan “penipu” dan “mana RM2.6 bilion” sambil memegang plakad yang antara lain berupa gambar badut yang menyerupai Najib.




Susulan itu, penyokong Najib menghampiri mereka dan mengoyakkan plakad yang dipegang pelajar dan seterusnya berlaku pergelutan.

Salah seorang pelajar turut dilihat dicekik dari belakang sebelum dikerumuni individu lain.

Dalam klip rakaman video pemberita, turut kelihatan mengoyakkan plakad adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam.

Sumber – MalaysiaKini