KECOH! Seorang penarik beca berhias tidak berpuas hati apabila pihak Polis mengarahkan becanya dialihkan dan kosongkan kawasan hadapan Menara Taming Sari.
“Polis terima arahan daripada Ketua Menteri untuk halau orang beca daripada tempat orang beca cari makan” dakwa Abang Beca
“Kami pun terima arahan Encik, kami tahu encik cari makan” Kata Polis Trafik Wanita di dalam Video berdurasi 2minit 30 saat yang menjadi Viral di media sosial.
Namun Polis Trafik Wanita itu menegaskan apa yang disebut oleh abang beca itu bukan kenyataan daripada mereka.
“Ketua Menteri lama pun takde halau orang beca cari makan, Najib dulu pun takde sampai macam ni lah” kata abang beca lagi
Menurut sumber, ketika kekecohan berlaku, kawasan sekitar Menara Taming Sari sedang berlangsung Program anjuran Pelancongan Negeri Melaka yang melibatkan kehadiran VVIP termasuk Ketua Menteri.
Video yang dimuat naik di satu laman Facebook ‘Puteri Viral’ sudah mendapat 8000 tontonan dalam 30 minit itu menarik minat ramai netizen dengan reaksi pelbagai.
“Abg beca ni tak ada pertimbangan langsung.. Dah tau situ ada event lalu lah tempat lain.. Bkn nya hari2 tak boleh lalu situ.. 2-3 jam jer pun..” – Kata Ahmad Rizki Melaka
“Ramai kata abg beca bodoh..hangpa tak bawa beca untuk cari makan hangpa boleh sembang la..tak kira la ada event ke ape..tak nampak pun beca tu menyusahkan event tu..melainkan kereta2 tu ye la kena sekat.” – Kata Muhammad
Ada juga Netizen cuba kaitkan isu berkenaan dengan kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah negeri Melaka sekarang.
“Ok lah tu, Abang Beca kena halau, takpe, lepas ni kalau kerajaan PH nak halau kami dari Melaka pun takpe” Kata Aiman
“Belum setahun mentadbir dah besar kepala, halau sana halau sini, kalau lama lagi macam mana? Memang sepenggal jela kerajaan PH ni..” Kata Rezal Fahmi
VIDEO DI BAWAH >>>