Kawalan sempadan diperketatkan elak warga asing bolos

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dengan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan terutama di lorong tikus.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sehingga kini, sebanyak 67 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Benteng di seluruh negara dilakukan dengan pemeriksaan sebanyak 45,526 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Menerusi kawalan ketat itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan seorang warga asing pada SJR Operasi Benteng atas kesalahan imigresen,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

– BERITA HARIAN –



(Visited 87 times, 1 visits today)