“Kami Menyesal Undi Pakatan Harapan pada PRU14” – Pemandu Teksi [VIDEO]

VIRAL! Sebuah clips video menunjukkan sekumpulan kira-kira 500 pemandu teksi dari kumpulan pemandu teksi seluruh negara berkumpul di depan bangunan Kementerian Pengangkutan enggan bersurai selepas desakan untuk bertemu dengan menterinya, Anthony Loke gagal dibuat.

Antara yang dibangkitkan oleh kumpulan pemandu teksi berkenaan adalah kegagalan kerajaan PH menyelesaikan masalah ketidak adilan yang mereka hadapi selepas terpaksa bersaing dengan pemandu-pemandu E-hailing seperti Grab, MyCar dan sebagainya.



Kedengaran juga mereka melaung-laungkan “Anthony Loke Letak Jawatan” dan mendesak supaya perkhidmatan E-Hailing dihapuskan.

ARTIKEL BERKAITAN >>> Rumah terbuka Kementerian Pengangkutan kecoh, pemandu teksi desak jumpa Loke

Sementara itu salah seorang daripada kumpulan pemandu teksi meluahkan rasa menyesal mengundi Pakatan Harapan pada PRU14 lalu.

“Dulu kami sokong PH habis-habisan sebab yakin mereka boleh bela nasib kami, tapi bila dah jadi kerajaan mereka buat kami macam sampah” luah pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Pemburu Malam.



Pada pilihanraya ke 14 yang lalu Syarikat teksi premium di ibu negara menyeru pemandu teksi di seluruh negara mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN) pada 9 Mei.

Penasihat Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, beliau turut menggesa pemandu teksi supaya bangkit dan memangkah HARAPAN.

“Kita dah bersiap sedia, semua pemandu teksi di seluruh Malaysia bersedia, akan memangkah HARAPAN” Katanya Seperti dilapor MalaysiaKini.



Dilaporkan kira-kira 2,000 pemandu teksi berkumpul di perkarangan pintu masuk Pejabat Perdana Menteri dari jam 8.00 pagi berjaya dikawal oleh pihak Polis bertugas dari berlakunya situasi yang tidak diingini.

Namun tindakan kumpulan pemandu teksi yang menjadi viral di media sosial hari ini mengundang pelbagai respon daripada netizen.

“Haa, itu lah dulu bukan main lagi pangkah PH kan, sekarang rasakan, padan la muka korang” kata Sedara Izuan Isha

“Masa zaman BN ada macam-macam skim bantuan diberi, tapi u all tetap tak sokong juga, sekarang nak kata apa lagi?” kata Sedari Rohani

Turut memberi respon adalah Dato’ Zahida Zarik Khan Ketua Puteri UMNO Malaysia menzahirkan rasa simpati beliau kepada mereka

“Bertabahlah abang-abang teksi semua, kerajaan hari ini sibuk dengan hal-hal lain..Kita pastikan PH #KerajaanSepenggal ya!” Kata Zahida di laman Facebook nya.

TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >>>