Kuala Lumpur, 22 Mac: Aktivis politik, Jufazli Shi Ahmad merancang untuk “mengeluarkan saman sivil sebanyak RM 2 Juta kepada pihak kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri” kerana mendakwa “hak asasinya melantik Peguam dalam penahanan dinafikan.”
Oleh itu, beliau memohon sumbangan dari orang ramai bagi “menampung kos guaman sebanyak RM 50 Ribu ke akaun peribadinya bagi menjayakan saman sivil tersebut.”
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bertajuk ” SAYA BEBAS & SAYA MENANG MELAWAN MAHATHIR MOHAMAD” yang dimuat naik di akaun facebooknya malam tadi selepas dibebaskan dari tahanan reman.
Jufazli turut berterima kasih kepada perdana menteri di atas penahanan beliau kerana menurutnya penahanan yang beliau sifatkan sebagai “tangkapan politik” menjadikannya lebih popular.
“Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mahathir Mohamad kerana menangkap saya secara politik sehingga saya semakin popular dan dikenali di seluruh negara.” – Jufazli Shi Ahmad
Beliau mengakhiri kenyataan dengan mengisytihar kemenangan melawan perdana menteri, Dr Mahathir dengan tagline beliau “CHECKMATE HABIS!”
“Saya menang melawan Mahathir Mohamad dan saya bebas sebagai rakyat.TATAP TERUS HIDUP SUARA RAKYAT WALAUPUN KITA DIPENJARA & DIBUNUH.CHECKMATE HABIS!” – Jufazli Shi Ahmad
Sumber – TTKM
BERITA BERKAITAN >> Jufazli dilepaskan dari lokap, kemudian ditahan semula.