JUFAZLI AKAN BERTANDING DI PRK SANDAKAN ???

Hari ini rakyat Sandakan khasnya dan Rakyat Malaysia keseluruhannya mendapat berita tentang pemergihan Stephen Wong, 65,yang meninggal dunia hari ini di Kota Kinabalu akibat serangan jantung.

Beliau yang memenangai kerusi Sandakan sejak PRU13 lalu menang sekali lagi pada PRU14 lalu dengan Majoriti 10,098 selepas menewaskan calon Barisan Nasional Lim Ming Hoo.

Tidak sampai 24jam tempoh kematian Ahli Parlimen Sandakan itu sudah ada khabar angin yang mengatakan seorang Aktivis yang merupakan penganalisis Politik kelahiran Sabah bernama Jufazli Shi Ahmad adalah calon yang sesuai untuk bertanding di kerusi berkenaan.



Nama Jufazli menjadi sebutan ramai selepas dia ditahan oleh pihak Polis untuk siasatan atas dakwaan melakukan kesalahan di bawah akta SKMM. Artikel >> Jufazli dilepaskan dari lokap, kemudian ditahan semula.

Ramai juga Netizen yang memetik nama Jufazli di ruang-ruang komen media sosial katanya ini lah peluang dan masa paling sesuai untuk anak jati Sabah itu membuktikan sokongan rakyat kepadanya melalui sistem demokrasi.

“Saya sebagai anak muda Sabah cadang Jufazli tawar diri bertanding di PRK Sandakan nanti, dan saya akan sokong” kata Mohd Izuan Sandakan



“Apa salahnya kalau dia bertanding kan? Itu hak dia lah, siapa rasa nak tanding pilihanraya tanding lah, biar rakyat tentukan” kata Nancy Suzie

Ada juga Netizen yang menyatakan tidak setuju dan rasakan Jufazli tidak sesuai untuk menjadi calon pilihanraya atas sebab banyak isu yang terpalit terhadap dirinya

“Jufazli? Tak sesuai langsung, memang dia berani bersuara, tapi ada isu tertentu nampak dia over sangat, bagi orang lain je laa..” Kata Puan Rohani