Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

JKDNKA Bukit Aman rampas rokok seludup bernilai lebih RM7.1 juta

KUALA LUMPUR 24 Mei – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman merampas 43,500 karton rokok bernilai RM7.134 juta dalam satu operasi di Shah Alam, Selangor, kelmarin.

Pengarah JKDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dalam Op Asap dijalankan Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas JKDNKA itu, pihaknya turut menahan lima lelaki warga tempatan berusia antara 38 hingga 46 tahun.

“Lima suspek tersebut dipercayai ahli sindiket pengedaran rokok seludup yang aktif di sekitar Lembah Klang dan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.



“Dalam serbuan itu juga kita turut merampas empat buah lori, dua kereta sedan, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah forklift,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Acryl Sani, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM7.5 juta.

Tambahnya, kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE



(Visited 417 times, 1 visits today)