Jenayah Pedofilia, Ibu Bapa Baca Ni !

Saya yakin, sudah ramai yang menonton video seorang kanak-kanak dicabul oleh seorang individu di sebuah kedai serbaneka, sejak semalam.

Cuma, semua kena maklum yang facebook sangat strict membasmi jenayah pedofilia. Video yang saya kongsi dari fb seseorang semalam pun tak ada dah. Pasti fb telah buang, walau ia bersifat awareness.



Saya faham sangat dengan polisi fb yang ini. Tahun lepas, personal acc saya pernah di’terminated’ berpunca isu paedophile juga. Kena berhati-hati. Mereka tidak mahu mempromosi jenayah ini.

Tak kisahlah hal yang itu. Cuma saya nak ingatkan kepada ibu bapa di luar sana, segala isu pencabulan yang saya kongsikan sebelum ini adalah real. Bukan direka-reka. Inilah realiti dalam negara kita saat ini.

Untuk pengetahuan kau orang, Malaysia merupakan negara nombor 1 di Asia Tenggara yang paling ramai mengakses child pornography. Ia bukan main-main. Ini hal serius!



Penagih pornografi kanak-kanak dan pedofilia ini wujud di mana-mana, baik dalam rumah kita, di taman permainan, pasaraya, sekolah dan lain-lain tempat.

Please ajar anak dari kecil hal ini,

? Jika ada seseorang individu yang dikenali atau tidak cuba memperlakukan sesuatu yang tak elok pada mereka atau menyentuh, memegang atau meraba private part (mulut, dada, kemaluan, punggung, paha), maka

1. JERIT KUAT-KUAT

2. LARI KE TEMPAT SELAMAT

3. MENGADU PADA SESIAPA YANG BERADA DI TEMPAT KEJADIAN

Buat mak ayah, jangan sesekali biarkan anak kau ke kedai seorang diri, berdua pun jangan.

Jangan dilupa juga kes yang berlaku di sebuah tandas mall beberapa bulan lepas. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dicabul dan diperlakukan oral seks oleh seorang lelaki Bangladesh.

Bak kata Tuan Luqman Pon,

“Anak perlu diajar berdikari, tapi dalam pantauan.”

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah

Artikel Oleh Akhi Fairuz Al Jengkawi

– Gambar Hiasan Sumber Google –



(Visited 28 times, 1 visits today)