Jangan sertai perhimpunan petang ini – Polis KL

KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada orang awam supaya tidak menyertai perhimpunan yang akan diadakan di ibu negara petang ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur dan orang awam yang didapati menyertai perhimpunan itu.
“Ia boleh menjejaskan ketenteraman awam dan boleh menyebabkan peniaga rugi akibat daripada perhimpunan berkenaan.

“Mana-mana individu yang menyebarkan khabar angin atau membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat keselamatan awam boleh disiasat mengikut Seksyen 595 Kanun Keseksaan Akta 574,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.