Isu Viral: Suspek hina Islam ditahan

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan seorang lelaki yang dikesan menghina agama Islam di Johor Bharu, awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.40 pagi di tempat awam.
“Suspek yang berasal dari Kedah itu tinggal di Johor Bharu tetapi berkerja di Singapura.
“Dia ditahan selepas satu laporan polis dibuat pada 30 Ogos lalu berkenaan videonya menghina agama Islam tersebar di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Fadzil berkata, laporan polis terbabit dibuat seorang lelaki Melayu di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Dalam video berdurasi kira-kira dua minit 30 saat itu, seorang lelaki memakai baju singlet putih dan bertopi dilihat menghina serta mempersendakan agama Islam.
Lelaki terbabit turut mengeluarkan perkataan kesat yang ditujukan kepada masyarakat Melayu negara ini.


KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat. – Foto Surianie Mohd Hanif

Leave a Reply

Your email address will not be published.