Isu Kalimah Allah, apa tindakan kerajaan ?

Isu Kalimah Allah..

Telah menjadi polemik sejak 31 Disember 2007 apabila pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah Allah.

Isu ini juga telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira kumpulan politik, NGO mahupun rakyat majoriti.

Terkini Mufti Negeri Sembilan menegaskan masih kekal dengan pendirian bahawa kalimah ALLAH adalah khusus untuk umat Islam sahaja.

Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, kalimah ALLAH itu, tidak boleh digunakan atau dikaitkan dengan agama-agama bukan Islam.

Proses perundangan yang sangat panjang membuatkan ramai berasa keliru dan mahu kerajaan persekutuan hari ini mengambil langkah sepatutnya bagi mempertahankan kesucian Kalimah Allah.

Alhamdulillah..

Pada 15 Mac 2021 Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) DS Hamzah Zainudin dan Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Satu tindakan yang amat wajar daripada KDN agar polemik ini dapat segera diselesaikan dan terus memelihara keharmonian seluruh negara.

Sama sama kita bersatu hati tanpa mengira fahaman poltik berdoa fahaman agar proses rayuan berkenaan berjalan lancar dan memberi kemenangan kepada umat Islam keseluruhannya..


(Visited 509 times, 1 visits today)