Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Isu Gelaran ‘Sampah’: Timbalan KM P Pinang salahkan ‘pencetus’ rusuhan kilang solar

GEORGE TOWN: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy hari ini menyalahkan “pencetus” rusuhan di luar kilang di Perai semalam yang menyaksikan 200 pekerja berkumpul selepas tersebarnya mesej perbualan dalaman WhatsApp yang menggelarkan mereka sebagai “sampah”.

Bercakap kepada FMT, Ramasamy berkata beliau bertemu dengan pengurusan tertinggi kilang pembuatan solar panel itu yang menjelaskan kenyataan itu ditujukan kepada operator yang didapati tidur ketika bertugas.



“Sayangnya, perbualan dalaman ini tersebar di laman Facebook Penang Kini yang menjadikan seperti syarikat itu memanggil pekerja Melayu sebagai ‘sampah’.

“Hasil penyebaran oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab, isu itu menjadi isu perkauman yang menggambarkan orang Cina menggelarkan pekerja Melayu sebagai ‘sampah’.”

ARTIKEL BERKAITAN >> Pekerja kilang adakan bantahan selepas digelar sampah

Ramasamy yang juga Adun Perai, berkata penyelia yang membuat kenyataan itu digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman. Beliau berkata pihak pengurusan kilang juga memberi jaminan perkara itu kembali normal.



Semalam, ketua polis Pusat Seberang Perai Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata protes itu disebabkan klip video penyelia yang didakwa memanggil pekerja sebagai “sampah”.

Video tersebut pada mulanya dimuat naik ke Facebook tetapi dikeluarkan.

Nik Ros berkata penyelia terbabit bertemu dengan penunjuk perasaan dan membuat permintaan maaf secara terbuka atas kenyataannya.

Beliau berkata pihak pengurusan kilang juga bersetuju mengkaji semula gaji pekerja dan menyesuaikan waktu kerja mereka untuk menjadikannya lebih fleksibel.

Penunjuk perasaan tersurai selepas 2 jam pada jam 10.30 malam. Tiada kecederaan yang dilaporkan.

Sumber – FMT



(Visited 175 times, 1 visits today)