ISTERI SETIA ADALAH ISTERI YANG BOLEH TERIMA SUAMI TIDUR BERDENGKUR

Dengkuran ialah bunyi pernafasan yang kuat dan bising ketika tidur. Jika
seseorang itu berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang
seketika. Ini disebabkan halangan dalam saluran pernafasan. Getaran tisu
pada bahagian kerongkong menyebabkan bunyi dengkuran itu muncul. Sebagai
seorang isteri, majoriti memang sentiasa sabar dengan bunyi dengkuran si
suami setiap malam kan. Anda memang tabah dan setia, namun harus
diingat, dengkuran ini boleh membawa maut jika terus dibiarkan.

Kira-kira 50 peratus individu berdengkur dan ia dianggap perkara biasa.
Namun apabila mengganggu tidur orang lain dan juga menyebabkan kualiti
tidur terganggu, itu menandakan individu berkenaan memerlukan rawatan
bagi mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan dengkurannya.



Ramai tidak tahu berdengkur mengakibatkan seseorang tidak mendapat
kualiti tidur yang diinginkan. Ketika berdengkur badan sebenarnya tidak
mendapat rehat secukupnya. Akibatnya mereka mudah mengantuk pada siang
hari, kerap tidur, kelihatan tidak bermaya dan tidak boleh fokus pada kerja.

*Punca berdengkur*

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu berdengkur.
Selain masalah sinus, perbezaan anatomi struktur mulut menjadi punca
kepada tahap dengkuran seseorang. Berdengkur juga kerap dialami mereka
yang minum alkohol, alahan pada cuaca sejuk dan mempunyai berat badan
berlebihan atau obes.

Apabila lelangit lembut dalam keadaan tebal dan rendah serta mempunyai
tonsil yang terlalu besar, ia menyebabkan tekak menjadi kecil pada
bahagian belakang. Keadaan ini menyebabkan getaran berlaku sehingga
mengeluarkan bunyi yang kuat.



Bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan bunyi dengkuran
terhasil apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan
bergetar antara satu sama lain. Begitu juga mereka yang minum minuman
beralkohol sebelum tidur akan menyebabkan otot bergetar dan menghasilkan
bunyi dengkuran.

Berdengkur boleh dialami sesiapa sahaja sama ada lelaki, wanita atau
kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berdengkur boleh menjadi tanda masalah tonsil.

Oleh itu kanak-kanak yang kronik berdengkur perlu diperiksa oleh
otolaringologis, yang boleh mencadangkan tonsilektomi untuk
mengembalikan kanak-kanak itu kepada kesihatan yang normal.

*Rawatan untuk dengkur*

Dengkuran yang serius perlu dirawat kerana ia boleh membahayakan
kesihatan dan menyebabkan komplikasi seperti tekanan darah tinggi,
penyakit jantung, strok dan aritmia (denyutan jantung tidak teratur).

Bagi individu yang tidak mendapat tidur berkualiti, mereka mudah
mengantuk pada waktu siang, sakit kepala pada sebelah pagi, keletihan,
cepat marah dan mengalami gangguan konsentrasi.



Terdapat rawatan laser Fotona iaitu laser intraoral bagi mengurangkan
dengkuran dengan berkesan. Ia pilihan yang tepat kerana rawatan ini
tidak menyakitkan dan tidak membabitkan risiko pembedahan. Sebelum
melakukan rawatan keadaan pesakit akan diperiksa terlebih dahulu.
Selepas itu sejenis alat akan diletakkan di dalam mulut pesakit dan
menerusi cahaya laser ia akan membuka saluran pernafasan farinks yang
sempit di satu bahagian hidung, mulut dan tekak.

Untuk menyelesaikan masalah berdengkur, laser Fotona akan meningkatkan
saiz saluran udara dan mengurangkan pergolakan tisu sehingga bunyi
dengkuran tidak lagi kedengaran.

Rawatan Fotona menggunakan kaedah laser lembut yang memanaskan tisu di
belakang tekak untuk membolehkan udara mengalir dengan lebih bebas.
Laser ini mempunyai kesan pengetatan disebabkan pengecutan kolagen dalam
tisu mukosa mulut.



Apabila tisu lembut farinks mengecut, saluran udara mengembang dan
getaran tisu lembut farinks terhenti. Ia dapat mengurangkan kesan apnea
tidur dan amplitud dengkuran. Mereka yang mempunyai masalah dengkur
perlu menjalani tiga sesi rawatan berasingan dalam tempoh enam minggu
bagi mendapatkan kesan yang optimum. Hasilnya bertahan sehingga setahun
dan terapi boleh diulang selepas itu.

Penyelidikan membuktikan laser Fotona berupaya mengurangkan intensiti
dan tempoh dengkuran. Pesakit akan mendapatinya mereka lebih selesa dan
nyenyak. Rawatan ini juga tidak menyakitkan, mudah dan selamat. Tiada
masa pemulihan dan pesakit tidak perlu memakai alat ketika tidur. Apa
yang penting selepas rawatan pesakit dinasihatkan minum banyak air bagi
mengurangkan rasa kering.

Sumber – pesonapengantin.my



(Visited 64 times, 1 visits today)