Inkues Adib: Air mata bomba gugur…

SHAH ALAM – Air mata pemandu Fire Rescue Tender (FRT) dalam insiden
rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Md Elliza Mohd Noor akhirnya gugur
ketika sedang memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian
Muhammad Adib Mohd Kassim.

Md Elliza yang berada di kandang saksi kelihatan menundukkan wajahnya
dan menyapu air mata.

Emosi anggota bomba itu tersentuh apabila memaklumkan kepada mahkamah
apabila menyedari Muhammad Adib tiada di dalam van Unit Bantuan
Perkhidmatan Kecemasan ERMS.

“Selepas sampai di Balai Polis USJ 8, seorang anggota memaklumkan
Muhammad Adib tiada.

“Encik Badrul selaku penyelia pasukan meminta kami menghubungi Muhammad
Adib malangnya tidak berjawab.

“Kira-kira 15 minit kemudian, kami menerima panggilan daripada orang
awam menerusi nombor telefon Muhammad Adib memaklumkan bahawa mereka
dalam perjalanan menghantar allahyarham ke Pusat Perubatan Subang Jaya
(SJMC),” katanya.

*AKAN MENYUSUL*
– SINAR HARIAN –

Artikel Berkaitan — Inkues Adib: ‘Jangan padam kereta terbakar, bomba pergi balik!’


Leave a Reply

Your email address will not be published.