INI PUNCA KENAPA LIM GUAN ENG DITOLAK DARIPADA WAKILI MALAYSIA KE CHINA

Mahathir kata Lim Guan Eng tiada kelayakan, kenapa tidak pecat?

Akhirnya dalam dewan parlimen Mahathir menghujahkan kenapa dia pilot Daim mengetuai rundingan ECRL dengan China bukan memilih Lim Guan Eng:

“Daim dipilih berasaskan kebolehan tertentu kerana apabila berunding, kita perlu ada orang yang berupaya diterima pihak lain, selain wujud sekatan tertentu bagi melaksanakan tugasan ini.

“Kita pilih orang yang lebih berkelayakan dan berkebolehan untuk berunding dengan China,” katanya mengulas mengapa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, tidak diberi tanggungjawab mengendalikan proses perbincangan semula ECRL dengan republik terbabit.

Ini membuktikan Lim Guan Eng bukan sahaja tidak ada kelayakan akedemik, dia juga tidak ada ilmu diplomasi, sering buat kiraan matematik yang silap hingga keliru perbezaan mudah angka juta dengan ratus juta dengan bilion.



Secara tidak langsung Mahathir menggambarkan Lim Guan Eng tidak tahu buat kerja. Ini juga dibuktikan dengan apa yang Guan Eng telah lakukan:

1. Terlampau memperguna MOF sebagai flatform berpolitik! Hingga mencetuskan krisis diplomasi dengan negara China!
2. Guan Eng punca China batal import tanpa had komuniti eksport sawit
3. Guan Eng satu-satunya menteri yang dilarang masuk negara China
4. Guan Eng punca para pelabur luar di Malaysia lari
5. Guan Eng punca bursa saham dan nilai Ringgit Malaysia jatuh merudum.
6. Guan Eng punca negara terpaksa menggadaikan aset untuk membiayai perbelanjaan negara.
7. Guan Eng punca kadar hutang negara meningkat RM55 bilion dalam tempoh 10 bulan dan rizab negara susut ketahap kritikal.

Tetapi yang peliknya kenapa Mahathir masih perlu menyimpan Guan Eng di MOF sedangkan kalau Guan Eng ini CEO syarikat besar buat kerja merugikan seperti ini, dah lama board director dah pecat.

Sumber – Mohd Fadzil



(Visited 83 times, 1 visits today)