Henti jual arak? Henti jual kereta elak kemalangan, sindir MP DAP.

Kuching, 27 Mei: Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii secara sinis mencadangkan supaya penjualan kereta dihentikan kerana ia boleh menyebabkan kemalangan.

Beliau berkata demikian di laman facebooknya sebagai mengulas kenyataan ketua penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad  yang menggesa penggantungan penjualan arak  berikutan kes kemalangan m@ut melibatkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi.

Selain itu, kata Dr Kelvin Yii turut bercadang supaya penjualan motorsikal, basikal, rokok dan gula dihentikan kerana ia boleh menyebabkan isu Mat Rempit, basikal lajak, k@nser dan kenc1ng manis.

kelvin1
Tangkap layar status Kelvin Yee.

Terjemahan:



“Sementara kita dalam perkara ini, marilah hentikan penjualan kereta kerana ia menyebabkan kem@langan jalanraya, hentikan penjualan motorsikal kerana Mat Rempit, basikal kerana Basikal Lajak, rokok sehinggalah kita boleh menyembuhkan k@nser, gula sehinggalah kita boleh mengawal kenc1ng manis, tangguhkan perkahwinan sehinggalah kita boleh uruskan percer@ian dan sebagainya. 

PAS sekaran ini dalam Kerajaan Pusat…

… Adakah anda dapat perhatikan kes-kes kem@langan jalanraya tidak secara tiba-tiba bertukar kepada ‘perkara perkauman’ seperti sebelum ini. Mungkin kebanyakkan pengh@sut sebelum ini telah selesaikan kerja mereka”

Pada 24 mei lalu, Kementerian Pengangkutan melalui Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat (BLPD) sedang menjalankan soal selidik dalam talian mengenai “Pengambilan Alkohol dan Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahan Memandu Dalam Keadaan M@buk”.

Kementerian itu melalui kenyataannya  memaklumkan soal selidik itu bertujuan mendapatkan maklum balas dan pandangan orang awam berhubung kandungan alkohol yang perlu dibenarkan dalam undang-undang atau peraturan yang akan dipinda di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].

Orang awam dijemput bersama-sama dalam menjawab soal-selidik berkenaan yang mula dilaksanakan pada 21 Mei 2020 sehingga 4 Jun ini di pautan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdFO_IIrh6otCgdFLcr9p1-cggYWWfi….

Sumber: -Buletin TTKM-