“Haters Malaysia Gila, Nak Tahu Siapa Saya Seolah Saya Mencuri”

Minggu lalu kecoh mengenai usahawan terkenal Nur Sajat apabila nama lelakinya didedahkan pihak mahkamah. Kemudian tular di media sosial sekeping gambar kad pengenalan menunjukkan nama Muhammad Sajjad bin Kamarul Zaman yang jadi perhatian ramai. 


Mungkin tertekan dengan situasi tersebut, Sajat meluahkan rasa tidak puas hati di Instagram miliknya dengan mengatakan haters di Malaysia gila kerana terlalu ingin mengetahui tentang dirinya lebih-lebih lagi mengenai jantinanya yang sebenar.

 Kata Sajat lagi, netizen ingin tahu siapa dirinya seolah dia mencuri. Enggan ambil pusing dengan segala tohmahan yang dilemparkan oleh haters,Sajat mengatakan mungkin mereka yang cemburu dengan kecantikannya.

Baca: Muhammad Sajjad gagal kemuka MyKad kepada mahkamah

Terdahulu, Sajat didakwa di mahkamah atas kesalahan gagal membayar cukai GST dan nama lelakinya iaitu Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman turut disiarkan di laporan akhbar. Bagaimanapun menerusi satu laporan media, Sajat berkata nama sebenarnya tiada permulaan 

Muhammad atau Nur tetapi hanyalah Sajjad. Malah Sajat juga mendakwa, pihak wartawan telah memutar belitkan namanya. 

Umum sedia maklum, status jantina Nur Sajat masih lagi menjadi tanda tanya, walaupun melibatkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak Januari lalu. 

Sumber- Beautfulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published.