KUALA TERENGGANU: Gedung pakaian terkemuka di Malaysia, Jakel sekali lagi dijangka bakal diserbu orang ramai ekoran potongan harga melalui promosi yang dilancarkan baru-baru ini.
Promosi Jualan Murah Jumbo Sales Jakel mula mendapat perhatian melalui sebuah video tular semalam yang memaparkan Ketua Pegawai Operasi Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel mempromosikan fabrik dan pakaian di gedung Jakel dengan potongan harga sehingga melebihi 50%.
Antara yang menjadi tarikan adalah kain Lace Embroidery berkualiti dengan pelbagai corak dan warna yang dijual dengan harga hanya RM15.90 semeter berbanding harga asal sebanyak RM58.00 semeter.
Manakala bagi peminat Baju Melayu, sepasang Baju Melayu berjenama Valentro yang sebelum ini dijual pada harga RM239.00 sepasang, kini dijual pada harga hanya RM149.00 untuk dua pasang Baju Melayu beserta kain sampin dan butang percuma.
Baju Melayu Awal Ashaari yang berharga RM299.00 pula dijual pada harga hanya RM99.00 sepasang beserta sampin dan butang percuma sepanjang Promosi Jumbo Sales Jakel.
Buat peminat Kurta pula, Kurta berjenama Hairul Azreen yang dijual pada harga RM129.00 sehelai sebelum ini, mendapat potongan harga sehingga RM100.00 untuk 3 helai kurta.
Promosi Jualan Murah Jumbo Sales Jakel ini diadakan bersempena Hari Raya Aidiladha dan akan bermula esok pada 26 Jun sehingga 12 Julai 2020. Ia dijangka menarik ramai pelanggan yang akan membuat persiapan awal menyambut Hari Raya Aidiadha tidak lama lagi.
Menerusi komen netizen, orang ramai terutamanya bakal pengantin juga dilihat tidak mahu melepaskan peluang berbelanja dengan bijak memandangkan sebarang majlis dan acara yang hendak dianjurkan telahpun mendapat kebenaran dari pihak kerajaan semalam.
Sumber – www.terengganuvoice.net