HARGA AYAM MULA TURUN, INI PUNCANYA…

Ismail Sabri Berjaya Menjinakkan Kartel Ayam : Ayam Kini Serendah RM3.80 Sekilo – Kartel Terus Melutut Dan Merayu !

Harga ayam merudum sehingga RM4.10 sekilo di ladang, namun pada masa yang sama, harga dedak masih terlalu tinggi sehingga mencecah RM140 untuk satu beg dedak.


Lebihan ayam kini mengakibatkan harga ayam turun berbanding harga siling yang ditetapkan kerajaan pada harga RM8.90 dan RM9.90 mengikut jenis ayam.

Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn Bhd Mazlina Kamarudin berkata, pemborong masih menekan harga bahkan untuk ayam yang terlebih besar, ia hanya dijual pada harga RM3.80 sekilo.

1. Kartel Ayam kini merayu supaya untuk benarkan eksport kerana secara tiba – tiba terdapat lambakan ayam yang berlebihan dalam negara.

2. Dahulu apabila kerajaan letak harga syiling RM 8.90 kartel ayam masih lagi hendak lawan dengan sengaja mengurangkan bekalan ayam.

3. Apa Ismail Sabri buat ? Hapuskan permit import dan menutup eksport ke negara luar untuk membolehkan pihak kerajaan menstabilkan bekalan ayam di ladang.

(CLICK GAMBAR)

4. Sebelum ini siapa suruh kartel ayam yang menyorokkan bekalan ayam untuk tujuan manipulasi harga?

5. Kini kartel ayam pula berterusan merayu kerajaan keluarga Malaysia supaya benarkan mereka untuk eksport ayam ke luar negara.

6. Kartel ayam disarankan supaya jangan main – main dengan keselamatan negara kerana daging ayam merupakan antara makanan ruji bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

7. Oleh sebab itu , jika hendak untung boleh tetapi jangan terlampau tamak sehingga akhirnya kini memakan diri sendiri apabila pada harga syiling RM 8.90 pun berani terus manipulasi harga dan bekalan ayam.

8. Kadar ayam kini pada kadar RM 3.80 – RM 4.10 sekilo adalah lebih jauh lebih merugikan berbanding harga syiling yang ditetapkan sebelum ini. Bak kata pepatah Melayu , orang tamak selalu rugi !

9. Sebelum ini juga kerajaan juga sebenarnya hendak membantu sehingga memberikan subsidi ayam sebanyak RM 700 juta.

10. Kartel pula selepas ambil subsidi pula masih lagi terus berani menekan rakyat dan kerajaan yang sedang terbeban dengan inflasi. Bak kata pepatah Cina pula percaya ini adalah hukuman “karma” . Hendak susahkan orang lain kini pula susahkan diri sendiri dengan terpaksa berhadapan dengan kerugian yang jauh lebih parah.

Oleh Shen Yee Aun


(Visited 1,269 times, 1 visits today)