HAMZAH UCAP SYABAS KEPADA POLIS, NETIZEN MINTA NAIKKAN PANGKAT

Ketika seluruh dunia dilanda krisis wabak Covid-19 ini, ada ramai pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas serta amanah untuk pastikan penularan virus ini dapat dihentikan segera..

Semalam satu gambar seorang Anggota Polis Trafik dilaporkan di Johor sedang menghulurkan sumbangan barang keperluan harian menjadi ‘Viral’ di media sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Bertuah, apabila gambar berkenaan mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang memuatnaiknya di laman Facebook beliau.

Syabas kepada Koperal Mohd Hisham dan Konstabel Mudrikah Nazirul atas keperihatinan yang ditunjukkan kepada warga yang memerlukan kata Hamzah.

Hamzah juga mahukan sikap mulia dan terpuji ini harus menjadi tauladan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sikap mulia dan terpuji ini harus menjadi tauladan kepada seluruh rakyat Malaysia. Polis dan masyarakat berpisah tiada. Kata Hamzah lagi.



Dalam banyak-banyak comment oleh netizen ada satu yang menarik minat penulis apabila meminta anggota berkenaan dinaikkan pangkat.

Naikkn pangkat 2 anggota ini kata Hasmin Aswan

Sikap prihatin anggota berkenaan turut menjadi pujian ramai netizen.

Terbaik kepada ke2 2 anggota PDRM ini, sesuai dengan slogan sedia berkhidmat, kami rakyat Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada ke 2 2 anggota ini semoga diberkati dan dilindungi Allah sentiasa, dan tak lupa juga kepada semua Warga PDRM syabas dan sentiasa dilindungi Allah, Amin. Kata Syakir Abdullah