HALANG MOTOSIKAL MASUK KUALA LUMPUR HANYA CADANGAN

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kaedah larangan tersebut ketika ini merupakan salah satu cadangan dan boleh dipertimbangkan kerana pengangkutan awam yang sedia ada kini terdapat pelbagai pilihan dengan tambang yang amat berpatutan.

Pada waktu siang, penduduk(dalam bandar) meningkat antara lima dan tujuh juta dimana mereka berulang alik ke pusat bandar untuk bekerja. 

“Jika melihat kebanyakan pusat bandar lain, banyak yang menghalang kemasukan kapchai.

“Hasil kajian turut menunjukkan kebanyakan orang masih memerlukannya(motosikal) kerana mereka daripada golongan berpendapatan rendah (untuk membeli kenderaan lain).

“Apabila ada tambang kenderaan awam yang lebih murah, kita akan mengkaji kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal kapchai memasuki pusat bandar,” ujarnya.

Turut mengulas isu sama adalah Saudara Razlan Rafii ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
Kata beliau

“Perkara yang diutarakan oleh YBM Menteri Wilayah hanyalah sekadar cadangan dan tiada dalam perancangan untuk dilaksanakan dalam masa terdekat”

“Dan sekiranya mengambil kira semua faktor ini, ianya mungkin hanya akan terlaksana 10 atau 15 tahun dari sekarang”

Leave a Reply

Your email address will not be published.