Hadi takut orang PAS pakai baju oren dan kena penjara , itu sebab mahu tebuk atap.

Oleh Adam Malik

Jika sebelum ini, apa sahaja yang dilakukan oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dianggap sebagai alasan cuba elak diri dan cuba lepaskan diri dari kes mahkamah.

Apa sahaja yang Zahid lakukan atau bertindak , itu lah takrif yang diberi , ia itu Zahid cuba melepaskan diri dari kes mahkamah.

Walaupun kes hanya rekaan Mahathir dengan penerima lain tidak didakwa termasuk Mahathir sendiri.

Kini, dengan izin Allah, perkara sama telah Kembali kepada Haji Hadi.

Kenapa Haji Hadi begitu ghairah mahu tumbangkan kerajaan sambil engkar arahan Uli Amri?

Jawaban nya mudah sahaja.

Haji Hadi sangat ketakutan menerima maklumat bahawa kerja siasatan sedang dalam proses akhir.

Siasatan berkenaan dana politik yang sah dari sumber tidak betul berkaitan dana JanaWibawa dan Tebatan banjir.

Kes yang sedang disiasat pula bukan kes kes rekaan seperti yang dibuat oleh Mahathir , sebalik nya kes benar dan sahih.

Sebeum kes disiasat pun sudah tular tanda tangan salah seorang pemimpin PAS menandatangani surat serahan projek selepas kerajaan sudah bertaraf ‘caretaker”.

Selain itu bukti bukti video menyerah rasuah sudah pun tersebar dan bukan satu bahkan sehingga beberapa video sebagai bukti jelas.

Ada juga kes kontraktor mengadu sudah bayar persen dan dana kepada PAS tetapi projek dihentikan untuk siasatan.

Maka , parah lah pemimpin PAS perlu mengadap kontraktor.

Ini semua antara ketakutan Haji Hadi dan menghantui nya kerana selama ini PAS memberi gambaran mereka parti agama sesuci murni.

Sambil memberi gambaran PAS parti suci , dalam masa yang sama PAS melabelkan parti lain dan pemimpin lain sebagai penyamun, perompak dan Kluster mahkamah.

Jika sebagai orang beragama Haji Hadi sepatut menegur ketidakadilan dan kezaliman terhadap orang lain, namun , PAS pula yang turut bersekongkol dengan pihak zalim.

Kini, benar lah kifarah itu ujud.

PAS berhadapan beberapa kes seleweng dan kes rasuah.

Siasatan sudah diperingkat akhir.

Sebelum pemimpin PAS diseret kemahkamah, kerajaan perlu ditumbangkan , itu pertimbangan Haji Hadi.

Haji Hadi kini jadi seperti orang yang dia hina dan ejek.

Semua sudah Kembali kepada Hadi.

“Fitnah yang keluar dari mimbar telah Kembali ke mimbar’

Maka, kalam kabut lah Hadi untuk menerima hakikat parti Islam PAS juga parti manusia biasa yang gemar Alphard dan Vellfire dari kereta Proton.

Menurut Isham Jalil, Haji Hadi sangat tertekan dan panik bahawa pesalah rasuah berbaju oren dari PAS akan lahir dibawah pimpinan Hadi.

 

Jalan pintas untuk menghalang ada lah tumbangkan kerajaan supaya ia tidak terjadi.

Jika Muhyiddn Yasin takut didakwa dengan ugut kerajaan Anwar secara halus bahawa kerajaan tidak akan kekal, Hadi pula ugut dengan mahu tebuk atap.

Ini lah dia gelagat pemimpin bila diberi ujian oleh Allah.

Pemimpin UMNO tenang sahaja menerima dakwaan palsu dan rekaan yang dibantu mahkamah dan hakim yang sudah ditentukan.

Haji Hadi dan Muhyiddin baru diambang hendak didakwa sahaja sudah hilang akal dan hilang pedoman.

Sumber – https://my-tv.online/

(Visited 152 times, 1 visits today)