Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

GEMPAR! PUNCA SEBENAR KRISIS PENCEMARAN DI PASIR GUDANG DIDEDAHKAN

Oleh Editor – Isu Viral dot Net

Hari ini 13 Mac 2019 sudah masuk hari ke 4 krisis pencemaran sisa toksik yang melanda negeri Johor atau lebih khusus lagi di kawasan Pasir Gudang.

Setakat ini sebanyak 34 sekolah yang melibatkan ribuan pelajar dan guru terpaksa ditutup untuk jangka masa yang belum dapat dipastikan lagi.

Krisis pencemeran ini juga telah memberi kesan amat buruk kepada lebih 500 orang termasuk murid-murid sekolah yang terpaksa mendapat rawatan di hospital berhampiran selepas mengalami sesak nafas dan tidak bermaya.

Bekas Perdana Menteri hari ini mengkritik kerajaan Pakatan Harapan di pusat dan negeri sebagai gagal dalam pengurusan bencana apabila tidak bertindak pantas melakukan pembersihan segera sisa-sisa kimia yang dibuang secara haram ke dalam Sungai Kim Kim.

Najib juga mendedahkan pembersihan ini tidak dilakukan segera minggu lepas kerana kerajaan negeri Johor memutuskan bahawa kos pembersihan adalah terlalu tinggi.

“Akibat daripada keputusan yang tidak bijak ini, sebanyak 34 sekolah yang melibatkan ribuan pelajar dan guru terpaksa ditutup dan lebih 500 orang telah menjadi mangsa termasuk murid-murid sekolah” kata Najib di laman Facebook beliau.[link]

“Amat jelas, PH lebih utamakan wang daripada nyawa dan kesihatan. Inikah pendekatan menangani bencana mereka? Siapakah di kerajaan negeri dan pusat yang patut bertanggungjawab ke atas bencana ini?” Soal Najib.

Najib juga mengingatkan agar Kerajaan PH patut mengambil iktibar dari peristiwa ini dan tidak akan memperjudikan nyawa dan kesihatan rakyat terutama kanak-kanak khasnya yang menjadi mangsa.

“Keselamatan dan kesejahteraan Rakyat patut diletak di tempat pertama. Jangan diulangi kesliapan seperti ini lagi” tambah Najib..

– Isu Viral Dot Net –

(Visited 54 times, 1 visits today)