Ganjaran RM10,000 untuk maklumat tepat bakar kucing

KUALA LUMPUR – Persatuan Haiwan Malaysia menaikkan menaikkan tawaran ganjaran daripada RM3,000.00 kepada RM10,000.00 untuk mana-mana individu atau kumpulan yang boleh mengesahkan aksi bakar anak kucing dengan mencurah minyak api lalu mencucuh api menggunakan pemetik api.



Dalam satu kenyataan persatuan itu berkata, ia dapat maklumat tidak lengkap dengan mengatakan kejadian berlaku di Pahang.

Namun butiran tidak disertakan untuk siasatan seterusnya.

Persatuan ini merayu supaya orang ramai menyalurkan maklumat lengkap dengan laporan polis sehingga pelaku ini berjaya ditangkap, didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman maksimum atas kezaliman membunuh anak kucing tidak berdosa ini, jika benar kejadian ini berlaku di negara ini.

Semua maklumat boleh disalurkan melalui talian Whatsapp hotline +601120901097.

– MalaysiaGazette