Isu Gaji Anggota Polis Antara yang menjadi topik hangat dalam perbahasan di dewan rakyat pada Selasa apabila ia dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak.
Beliau menceritakan semula kepada dewan selepas bertemu dengan seorang wanita yang anaknya amat minat menyertai PDRM selepas menamatkan pengajian dan berkelulusan Diploma.
“Kesudahannya dia berjaya, dan kini berkhidmat dengan jawatan Koperal, gajinya hanya RM1414, malangnya PTPTN memotong gajinya secara paksa sebanyak RM400 sebulan.
Anggota Polis ini berkhidmat di Kuala Lumpur, cuba bayangkan dia terpaksa hidup dengan pendapatan bersih RM1000 sahaja” Kata Najib
Ahli Parlimen Pekan itu juga membangkitkan tentang janji tidak ditunai untuk menangguhkan pembayaran balik PTPTN, malah memotong gaji secara paksa adalah lebih zalim berbanding ketika pentadbiran kerajaan BN dahulu.
Isu tentang gaji anggota PDRM juga menjadi perbincangan hangat oleh Netizen di ruang comment Facebook.
“Dulu masa jd pm x da pla ungkit isu gaji pdrm?? Sama saja bossku… ?” – Soal Shaddam Husseyn
“Gaji 1400 berbanding sebelum ne 1000 .. Nasip baik LA sebelum BN kalah tu da naik 1400..Kalau tak makan 1000 LA basic yg baru masuk PDRM..” – Respon Zikko Peter
“DSN dh jd pembangkang, apa yg diusulkan bernas. Pihak kerajaan, perlu lah beri jawapan yg munasabah dan bernas. Apa perancangan atau memperbaiki perkara yg mungkin terlepas pandang. Jgnlh beri jawapan yg lapuk, yg mn satu dunia dh tahu.” – Kata Samihah MJ
“Apa yg di perkatakan oleh DSN itu adalah benar. Berbicara ttg soal gaji.. Gaji anggota pdrm. sebenarnya tidak setimpal dengan pengorbanan mereka dari segala bentuk. Kenaikan kos sara hidup secara mendadak membuatkan mereka amat tertekan dan oleh kerana tekanan demi tekanan yg di hadapi maka berlakulah salah guna kuasa.
Rasuah dan minta suapan secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan (Maafkan saya)” Kata Amrullah Amru KBS
Berdasarkan rekod, Bekas Perdana Menteri itu juga pernah mengumumkan kenaikan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018, namun ia tidak dapat dilaksanakan selepas kerajaan Barisan Nasional tumbang kepada Pakatan Harapan dalam Pilihanraya ke 14 pada 9 Mei tahun lalu.
VIDEO DI BAWAH >>>
– Isu Viral Dot Net –