Gagal Buktikan Barang Rampasan Dibeli Guna Duit 1MDB, Kerajaan Mohon Sita Barangan Bernilai RM711 juta

– Gambar Hiasan –

Hampir genap setahun dahulu, rumah saya diserbu oleh kerajaan PH selepas saya pulang dari solat Terawih.

Semua barangan yang berharga dirampas dari rumah saya dan dari seluruh keluarga saya termasuk barang-barang yang kita telah ada sejak puluhan tahun dahulu.

Ketika itu, kerajaan PH turut memanggil media hingga mereka berkampung di depan rumah saya malah ada orang awam menganggapnya bagai satu pesta.

Mengikut undang-undang, barangan yang dirampas hanya boleh ditahan selama 3 bulan.

Namun ianya boleh dilanjutkan sekali sahaja untuk 9 bulan lagi, menjadikan tempohnya genap setahun oleh Jabatan Peguam Negara.

Tempoh sitaan itu akan luput 10 hari lagi iaitu pada 18 Mei ini,



Selepas luput tarikh itu, mengikut undang-undang kesemua barangan itu perlu dikembalikan jika pihak berkuasa gagal membuktikan pembeliannya menggunakan dana haram dan tidak membuat pertuduhan terhadap pemilikan barangan terbabit.

Sejak setahun lalu, pihak polis dan SPRM telah menyoal kami berpuluh-kali terhadap setiap barangan yang disita.

Mereka juga telah menyoalsiasat pihak-pihak yang menghadiahkan barangan terbabit termasuk pihak yang memberi sumbangan tunai bagi kegunaan parti.

Mereka juga sedar dan tahu bahawa setiap transaksi menggunakan dana dari akaun saya.

Sebagai contoh, mereka tahu saya membelanjakan RM60,000 untuk membina menara tangki air bagi rumah saya di Pekan bagi memenuhi keperluan pelbagai acara atau program masyarakat di mana rumah itu turut dijadikan tempat awam dan pusat khidmat Ahli Parlimen.

Selepas setahun puas menyiasat, kerajaan PH tidak berupaya untuk menemui sebarang bukti barangan atau wang tunai berkenaan adalah dari hasil tidak sah.

Sebab itu sehingga hari ini, tiada satu pendakwaan dibuat terhadap barangan dan wang tunai itu.

Bagaimanapun, PH telah menggunakan rampasan aset itu sebagai salah satu alat propaganda yang amat kejam untuk memalukan saya dengan menuduh saya memperolehi wang dan barangan itu dari aktiviti tidak sah atau dari 1MDB.



Mereka dakwa nilai keseluruhan barang-barang itu adalah RM1 bilion. Itu mereka cakap. Padahal langsung tidak sampai kepada nilai itu ataupun denan nilai RM711 juta.

Namun, sebagaiman propaganda propaganda dan fitnah-fitnah mereka yang lain, PH tak mampu dan berupaya untuk membuktikannya kerana setiap derma yang diterima, dicatat, disenaraikan dan disiasat sepuas-puas hati mereka.

Maka, adalah sesuatu yang mustahil untuk menjangkakan PH akan bertindak adil dan mematuhi kedaulatan undang-undang, untuk memulangkan kesemua barangan yang dirampas.

Jika dikembalikan, sudah tentu tindakan itu mengesahkan Najib tidak korup dan tidak membeli barangan itu menggunakan wang 1MDB atau sumber wang yang tidak sah.

Sebab itu, mereka kini menggunakan tindakan lucuthak sivil dan bukan pendakwaan jenayah bagi elak dari memulangkan barangan terbabit.

Ini tindakan SIVIL – bukan kes jenayah. Terpaksa dan terdesak pula kerajaan PH bergantung kepada tindakan sivil terhadap saya.

Tindakan ini juga melanggar perlembagaan negara kita bahawa ianya hak setiap rakyat untuk mempertahankan harta sah mereka dipelihara.



Kes sivil ini adalah lemah dan bukanlah kes jenayah namun ia membenarkan kerajaan PH untuk menangguh atau mengelak dari memulangkan semua barangan itu.

Ia juga membolehkan mereka untuk terus menggunakan pembohongan yang sama selain propaganda terhadap saya.

Ia juga menafikan hak UMNO untuk menggunakan dana parti itu sekaligus mahu melumpuhkan operasi parti ini.

Sebagai Orang Kaya Berempat Pahang, seorang Ahli Parlimen sejak 43 tahun lalu, bekas Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, saya berpeluang bertemu dan mengenali ramai rakan dan keluarga DiRaja dari dalam negara dan luar negara.

Sepanjang tempoh itu, saya dan keluarga telah diberikan pelbagai hadiah di pelbagai acara seperti di majlis perkahwinan, sambutan ulangtahun, harijadi dari kenalan-kenalan ini.

Sebagai contoh, Raja Arab Saudi telah menghadiahkan secara peribadi kain kiswah Kaabah yang bernilai lebih US$20 juta. Hadiah itu bernilai lebih dari itu kerana ia dihadiahkan sendiri secara peribadi oleh Raja Arab Saudi.



Bukan Raja Arab Saudi dan keluarga baginda sahaja, ramai lagi keluarga Raja-raja dari dalam dan luar negara turut memberikan pelbagai hadiah sepanjang hubungan baik kami.

Bagaimana hadiah hadiah ini semua dianggap sebagai dibeli menggunakan wang 1MDB?

Kenalan-kenalan seumpama ini tidak sekadar menghantar mesej ucapan harijadi melalui Whatsapp, Wechat atau sekadar kad ucapan bagi menzahirkan ucapan mereka.

Mereka juga tidak mengucapkan selamat harijadi di Facebook kita.

Ibu mertua kepada anak perempuan saya dan anaknya juga tinggal bersama kami.

Besan saya ini pernah mendirikan rumahtanggga dengan salah seorang individu paling kaya di negaranya selama 10 tahun.

Pernah didedahkan di mahkamah asing, besan saya ini berbelanja sehingga US$75 juta wang suaminya untuk membeli barangan kemas dari satu kedai sahaja dalam tempoh mereka berkahwin.
https://www.telegraph.co.uk/…/Kazakh-presidents-brother-acc…



Banyak barangan yang dirampas polis juga miliknya – termasuk hadiah yang diterima oleh anak saya dan suaminya.

Saya juga telah menjelaskan banyak kali bahawa wang tunai yang dirampas adalah bagi kegunaan parti untuk PRU14.

Sudah tentu UMNO dan BN akan menerima sumbangan dari penyokong sebagai dana politik untuk PRU14.

Oleh itu, UMNO telah saman pihak polis di mahkamah untuk mendapat semula dana ini.

Selain itu, sudah didedahkan di mahkamah minggu lepas bahawa dana sumbangan RM2.6 bilion juga sudah dipulangkan kepada pendermanya sejurus selepas ia diterima sebelum PRU13.

Jadi, bagaimana wang ini semua adalah wang 1MDB?

Tetapi kerajaan PH mahu terus berlaku tidak adil.

Bukan setakat itu sahaja tetapi mereka juga mahu membekukan akaun bank saya yang hanya digunakan untuk menerima gaji dan elaun saya sebagai Ahli Parlimen sejak 43 tahun dahhulu.



Mereka seolah-olah tidak mahu saya ada sebarang kemampuan untuk membayar piihak guaman untuk membela saya dalam puliuhan dakwaan yang mereka kenakan ke atas saya.

Mereka tidak rasa bersalah untuk terus menindas kami menggunakan pihak penguatkuasa dan berterusan dengan pembohongan serta propaganda mereka bagi menggambarkan kami sebagai jahat.

Mereka langsung tidak menghormati kedaulatan undang-undang.

Kata mahu menghormati “Rule of Law”?

Cakap tidak serupa bikin.

Sumber >> Facebook Najib Razak



Berita Berkaitan >> Kerajaan fail saman lucut hak harta Najib, Rosmah RM711 juta