Empat pegawai kanan PDRM naik pangkat serta-merta

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat membabitkan empat pegawai kanannya berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Pengumuman itu dimaklumkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad.

Menurutnya, mendahului senarai pertukaran ialah Pegawai Turus Pentadbiran Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Timur Laut baharu.

Manakala, ACP Lembaga Parol (III), Kementerian Dalam Negeri Putrajaya, Asisten Komisioner Rosman Omar menggantikan jawatan Che Zaimani.

“Seterusnya, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar pula ditukarkan sebagai ACP Lembaga Parol (III), Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

“Turut terlibat dalam pertukaran tersebut, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Sepang, Deputi Superintendan Hasron Nazri Hashim dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kampar, Perak dengan memangku pangkat Superintendan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

– Sinar Harian – 

Leave a Reply

Your email address will not be published.